OBJEKTIF

Menyemai perasaan berpersatuan dan meningkatkan semangat kerjasama antara ahli-ahli.

Memupuk kesedaran ahli-ahli akan tanggungjawab berkaitan dengan jawatan yang mereka sandang.

Menyatukan tenaga ahli-ahli dan menjaga kepentingan mereka.

Meluaskan pengalaman dan pengetahuan serta meninggikan kebolehan ahli-ahli dalam menjalankan tugas mereka.

Mengemblingkan tenaga ahli-ahli bagi memainkan peranan yang berkesan dalam usaha-usaha pembangunan untuk negara dan rakyat.

Memastikan PTD sebagai perkhidmatan terpenting dan utama Negara.

Memupuk hubungan baik dengan pucuk pimpinan serta dengan perkhidmatan lain dalam perkhidmatan awam serta swasta.

TAFSIRAN

Penyatuan Tenaga Ahli-Ahli Bagi Mempertahankan Kedaulatan Negara Dalam Lingkungan Perkhidmatan Awam.

Dengan Sepotong Ayat tertera pada Lambang, Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Bermakna Taat Setia Yang Tidak Berbelah Bagi Kepada Negara Memerlukan Penglibatan Semua Peringkat Pegawai PTD.



COGANKATA

Berkhidmat Untuk Negara Dengan Mengamalkan Kepimpinan Berteladan